Tuesday, February 24, 2009

Kenyataan YDP MPP UNIMAS pada 02/20/09 10:45 AM


Salam. berikut adalah beberapa agenda yang telah kami cadangkan dan isu-isu yang kami perjuangkan. jadi, di sini, saya sertakan beberapa penjelasan dan informasi mengenainya.

1. Port Wireless di kampus
• Bilangan point untuk hotspot telah ditambah
• Pembelian server baru akan dilaksanakan

2. Perkhidmatan Bas ke bandar Kuching
• Diluluskan setiap hari sabtu dan ahad setiap minggu berkuatkuasa Januari 2009
• Berlepas pada jam 10 pagi dari BHEP, UNIMAS dan bertolak balik dari Riverside Majestic pada Jam 5 petang

3. Pembelian Aqua Bike bagi tujuan rekreasi dan keceriaan kampus di Tasik UNIMAS
• Pengurusan UNIMAS telah meluluskan pembelian 10 unit Aquabike.
• Sedang dalam proses perolehan dan dijangka akan beroperasi pada sem1 2009/2010.

4. Pembelian Tiket Penerbangan (Kecemasan) i.e kematian keluarga dsbnya
• Pengurusan Unimas telah meluluskan penggunaan waran udara dan bayaran akan dikontra debitkan dari tabung kebajikan secara langsung.
• Sila hubungi Tuan Haji Saidin Sulaiman di talian 082-581834 atau Puan Suria Edwin di talian 082-581927

5. Pasar Malam Pelajar (Bazar Siswa)
• Pengurusan UNIMAS telah meluluskan perlaksanaan Pasar Malam Pelajar (Bazar Siswa) pada setiap bulan.
• Kelab Keusahawanan dan JPK Kolej akan menerajui projek ini.
• JK Penganjur Bazar Siswa bersetuju untuk mengadakan Bazar Siswa berkonsepkan pasar malam di kolej kediaman setiap 2 kali sebulan.
• Kolej Cempaka diberi penghormatan sebagai tuan rumah pertama yang sekaligus akan menjadi lokasi perasmian.
• Tarikh berikutnya – 25 Februari 2009.

6. Pengagihan Laptop/Desktop ke bilik gerakan JPK
• Pengurusan UNIMAS bersetuju untuk mengagihkan 2 unit desktop terpakai untuk setiap Bilik Gerakan JPK Kolej.


7. Caj Penginapan JPK sewaktu cuti semester
• Permohonan dimajukan kepada TNC HEP & A pada setiap semester tertakluk kepada keperluan

8. Cadangan pengurangan caj JPK
• Permohonan akan dimajukan ke Lembaga Pengarah UNIMAS.

9. Penyediaan sistem siaraya di setiap kolej
• Diluluskan oleh pengurusan UNIMAS. Perbincangan akan diadakan antara BPA (Bahagian Pembangunan Aset) dan kolej untuk kenal pasti lokasi pemasangan. Jangkaan perlaksanaan : sem 1 sesi 2009/2010

10. Signage Di Kolej yang belum mempunyai Signage. • Diluluskan dan sedang diambil tindakan oleh BPA.

11. Water Cooler/Water Dispenser
• Diluluskan. Fakulti dan Kolej akan dibekalkan dengan keperluan berkenaan.
• Peringatan daripada pihak Pengurusan, sekiranya berlaku vandalism terhadap harta benda berkenaan, pihak Pengurusan tidak akan lagi melayan permintaan yang serupa pada masa hadapan.
• Sedang dalam tindakan oleh pihak BPA.

12. Usul Tempat Meletak Motosikal di Kolej
• Pengurusan bersetuju untuk menyediakan besi berpalang untuk keselamatan basikal dan motosikal.
• Tindakan akan dibuat oleh BPA.

13. Usul Perhentian Bas di Water Tower Kolej Bunga Raya • Pengurusan berpandangan pelajar seharusnya boleh berjalan sedikit ke perhentian Kolej Cempaka.
• Bagi keperluan sementara di musim hujan ini pemasangan khemah sementara dibuat berhadapan Kolej Bunga Raya.

14. Pindaan Denda Kolej dan Turun Kuasa keluarkan Denda.
• Bersetuju penurunan kuasa hanya pada peringkat Fello sahaja manakala Pengurus Asrama boleh setelah mendapat surat turun kuasa dari pejabat Bendahari menguruskan kutipan denda berkenaan sahaja di kolej.
## Denda kesalahan kecil yang dicadangkan untuk diturunkan dari RM100 ke RM 50 - Pada dasarrnya JK Peng bersetuju. Walaubagaimanapun,pengerusi ingin melihat dokumen resmi yang termaktub terlebih dahulu Bahagian V prosiding tatatertib tersebut agar tidak berlaku kekeliruan dengan denda peraturan lain yang membolehkan kadar RM 100 dikekalkan.

15. Urusan mengeluarkan ("Guarantee Letter") untuk membolehkan pelajar mendapat rawatan di Hospital Kerajaan bagi kes-kes yang dirujuk atau perlu dimasukkan ke wad.
• Telah diambil alih oleh BHEPA mulai 2009
• ‘Guarantee Letter’ bagi pelajar FPSK akan dikeluarkan oleh pihak fakulti.

16. Usul Kemudahan Dobi
• Pihak Pengurusan bersetuju untuk cuba mengagih dan menyediakan kemudahan mesin pencuci kain secara “Coin Operated” di kesemua kolej dalam masa terdekat.

17. Usul Pembinaan Gelanggang Petanque oleh Presiden Kelab Petanque, saudara Hamdan Abdul Wahab di Kolej Kenanga.
• Diluluskan secara prinsip pembinaan gelanggang berkenaan.
• Perbincangan akan diadakan dengan Pengetua Kolej Kenanga bagi mengenal pasti lokasi dan kesesuaian ruang seperti yang dicadangkan oleh presiden kelab.

18. Isu Pengasingan Tukang Cuci mengikut Jantina
• Pengetua Kolej/Pengurus Asrama akan adakan perbincangan dengan syarikat “Maintainance” berkenaan untuk mengagihkan tugas pekerja mereka terutamanya di bahagian dalam kolej mengikut jantina populasi kolej bagi mengelakkan sebarang permasalahan yang tidak menyenangkan pelajar wanita terutamanya.

19. Isu Jalanraya berlubang dan berlumpur di belakang Kolej Cempaka
• Kawasan tersebut akan melibatkan laluan bagi pembinaan bangunan baru. Jika dibaiki sekalipun masalah tersebut akan berulang memandangkan keluar masuk jentera berat di kawasan berkenaan. Proses pembaikan secara menyeluruh akan dilaksanakan secara serentak dengan pembinaan bangunan di kawasan berkanaan nanti.
• Walaubagaimanapun, TNC HEPA menyarankan kepada BPA agar tindakan sementara yang terkini perlu diambil bagi mengelokkan keadaan setakat mana yang termampu bagi keselesaan pengguna.

20. Isu Kolej Seroja
• Pengurusan UNIMAS bersetuju untuk mengkaji dan melihat kemudahan dan keadaan di kolej berkenaan bagi menjustifikasikan kadar yuran yang dikatakan tidak setimpal berbanding dengan keadaan kolej lain.
• Isu ini akan diberikan keutamaan segera oleh pihak BPA dan kolej.

21. Isu Penggera Keselamatan di Kolej Cempaka yang kelihatan tidak mempunyai punat
• Pengurusan meminta pihak berkenaan menyiasat dan melihat keadaan penggera berkenaan.

22. Masalah program tertentu bagi pelajar tahun satu yang ditukar dari 3 ke 4 tahun beserta aktiviti softskill, senggang dan cop kolej
• Pihak MPP telah berbincang dengan beberapa pihak yang terlibat untuk mendapatkan penjelasan dan perkara ini telah diberitahu kepada majoriti pelajar tahun 1. MPP seterusnya telah membuat survey untuk mendapatkan keputusan majoriti berdasarkan cadangan pelajar tahun 1 sendiri. Perkara ini akan dibincangkan dengan MPP dari IPTA lain bagaimana penerapan aktiviti-aktiviti ini dilaksanakan oleh IPTA masing-masing. Jika ada cara penerapan aktiviti yang dilakukan, kami akan mencadangkan kepada pihak universiti untuk diaplikasikan. Perkara ini juga jika perlu akan dikemukakan kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Namun, diingatkan ia mengambil sedikit masa. Jadi, harap pelajar tahun 1 dapat bersabar.

23. Perjanjian Ptptn untuk pelajar yang memanjangkan pengajian
• Perjanjian baru boleh dirundingkan dengan PTPTN namun perlu dilakukan awal.

24. Status EBX
• Akan dirujuk pd TNC Akademik dan Antarabangsa untuk kemudahan pelajar.

25. Kecemasan sakit di waktu malam
• Pemandu standby untuk ambulans akan dikembalikan. Sebelum ini, pelajar tidak menggunakannya atau mungkin tidak tahu bagaimana ingin menggunakannya. Ini menyebabkan universiti menamatkannya bagi mengelakkan pembayaran gaji percuma kepada pemandu. Jadi, selepas ini pelajar perlu tahu untuk menggunakannya.

26. Koperasi pelajar
• Satu kertas kerja untuk menubuhkan koperasi pelajar telah dibuat oleh Kesisma. Ia akan dibentangkan kepada Lembaga Pengarah UNIMAS dan akan dijelaskan kepada para pelajar.

27. Kekurangan buku di CAIS
• Bergantung pada pensyarah. Pihak CAIS hanya akan menyediakannya bergantung atas permintaan pensyarah. Bajet untuk buku adalah daripada fakulti. Buku yang disediakan adalah berdasarkan kepentingan dan keperluan semasa. Namun begitu, jika pelajar benar-benar inginkan sesuatu buku disediakan, anda perlu berjumpa dengan pensyarah masing-masing dan menyenaraikan buku yang diperlukan.

Thursday, January 15, 2009

Aduan Pelajar 15/01/2009

"saya tidak puas hati terhadap shortcut ke fakulti fsgk tu...sangat teruk...apabila hujan, jalan itu lagi susah mau jalan...banyak lumpur dan air...susah mau jalan...seblum ni jalan tu sudah teruk dah...sekarang tambah lagi pembinaan fakulti FEB lagi tambah teruk. Saya harap dapat mewakili pelajar FSGK dan FSKPM untuk menyuarakan hal ini. Harap MPP dapat tolong kami untuk memperbaiki masalah ini. Harap hal ini akan diambil berat oleh pihak unimas."

Tuesday, January 13, 2009

Bas ke Kuching

Perhidmatan bas dari UNIMAS ke Kuching (ulang-alik) telah disediakan oleh MPP08/09..Tahniah MPP08/09 kerana sudah mengorak langkah pertama untuk perubahan dan perjuangkan suara mahasiswa...

Friday, November 14, 2008

MPP UNIMAS 2008/09

1. MOHD NORHAYATUDIN BIN MOHD YAACOB
YANG DIPERTUA

2. VISNU@MOHD AZLAN BIN HUSSIEN
NAIB YANG DIPERTUA

3. SH. YONG SOFIA BINTI OMAR SALLEH
SETIAUSAHA AGUNG

4. TEOH LIP KI
BENDAHARI KEHORMAT

5. BISMI SYAIFULLAH BIN ISHAK
EXCO PROTOKOL & PEMBANGUNAN

6. ABANG AKHMAS BIN ABANG BUNSU
EXCO SUKAN & REKREASI

7. ALEXCIS TEO NYELANG
EXCO AKADEMIK & KERJAYA

8. SUHAIMI BIN SAMSUDIN
EXCO KEMUDAHAN & KESELAMATAN

9. RAZUAN BIN SAMSUDIN
EXCO ADUAN & KEBAJIKAN

10. FRANNELYA AK FRANCIS
ECXO PERHUBUNGAN AWAM & ANTARABANGSA

11. FADILAH HUSNA BINTI BAADIN
EXCO PERPADUAN, KESENIAN & KEBUDAYAAN

12. FARAHIYAH BT MUHD FAKHARUDDIN
EXCO PUBLISITI & INFORMASI

Perhatian: Nama yang dimerahkan ialah MPP Pro Mahasiswa UNIMAS 08/09... Terus berjuang untuk pelajar!!

Tuesday, November 11, 2008

Perubahan yang diusahakan MPP08/09

Menurut salah seorang MPP pro mahasiswa di UNIMAS , MPP Pro-Mahasiswa UNIMAS 08/09 telah berjaya memperjuangkanuntuk sem depan:

1. Penambahan aktiviti air untuk pelajar di kolam unimas yang indah..
2. Penambahbaikan wireless untuk pelajar di UNIMAS.
3. Pasar malam di UNIMAS.

Ini adalah usaha perjuang2 Pro mahasiswa di UNIMAS setakat ini. Banyak lagi kebajikan pelajar akan terjaga selepas ini.. Yeah... Ini usaha mereka dalam masa yang kurang dari sebulan..Harap lebih banyak perubahan akan dijalankan.

Sunday, November 2, 2008

Selamat Menduduki Final Exam

Good Luck in your exam...Do the best...

Sumber: http://www.kampusnegara.net/modules.php?name=News&file=article&sid=1336

Diberitakan bahawa terdapat satu laman mahasiswa pembangkang yang mengaku kononnya mereka bebas. Lalu diajaklah sekelian mahasiswa untuk menghantar tulisan mereka kepada laman tersebut. Tetapi, pada hemat mereka,mahasiswa semuanya bodoh.Mahasiswa semuanya sedar bahawa pendedahan tentang cara aparatus PAS mengkaderkan mahasiswa untuk menyokong mereka dengan penyiaran tulisan penulis di dalam laman mereka merupakan faktor utama berlakunya penyingkiran besar-besaran artikel lama di laman tersebut

Tiba-tiba sahaja mahasiswa pembangkang melakukan rombakan besar-besaran terhadap portal itu sehinggakan ada di kalangan mereka yang tidak senang dengan antaramuka barunya. Sebelum-sebelum ini, hanya "shoutbox" yang asyik bertukar-tukar tetapi kali ini, lebih banyak yang ditukar dan dibuang.

Mereka di laman itu menjerit-jerit kononnya mahukan demokrasi. Tetapi, sebenarnya mereka hanya mahukan demokrasi terpimpin sahaja. Tiada unsur hasutan,fitnah ataupun mala fide di dalam artikel ataupun "shoutbox" yang boleh menyebabkan pengendalinya ditahan Akta Hasutan, ISA malahan AUKU.

Namun, disebabkan ia memberi gambaran sebenar terhadap wajah sebenar JIK/PMI, ia dibuang dan dibersihkan. Mereka tidak berani menyiarkan penamat kepada kisah TAMPAN (Tamrin Panjang: Wujudkah PMI Tanpa TAMPAN?) kerana ia adalah jurus terakhir yang bakal menggoncangkan kepercayaan dan kethiqahan mereka yang telah berbai'ah bathil kepada JIK/PMI. Ini adalah kerana kepala-kepala najis mula memetik punat memarahi aparat-aparat PAS di alam maya. Ini bagaikan nasib si batu dalam kisah Ahmad Albab,akhirnya dibuang ke dalam penjara oleh tuan Sarjana.Begitulah nasib pengendali laman tersebut kerana menyiarkan pendedahan berkenaan Tamrin Panjang.

Dengan itu,keluarlah artikel-artikel yang kadang-kala tidak berkualiti. Adakalanya semata-mata melepaskan batuk di tangga. Sehinggakan ada artikel yang ditulis menunjukkan kedangkalan orang yang menulisnya. Tetapi, inilah nasib bagi orang-orang yang asabiyyah yakni menyokong antara satu sama lain atas dasar kezaliman dan kepuakan yang sempit.

Artikel tersebut disiarkan semalam,kononnya seorang pelajar Universiti yang diangkat oleh aparat-aparat PAS sebagai kepala lutut yang mendakwa kemenangan PAS Kampus di dua buah Universiti, adalah amaran kepada Aspirasi. Namun,yang menyerlahkan "kebijaksanaan" kepala tersebut adalah kemampuannya membezakan antara Unimas dan UMS. Harus diingat oleh sang kepala dan kawar-kawarnya bahawa Unimas adalah Universiti Malaysia Sarawak manakala UMS adalah Universiti Malaysia Sabah.

Dikatakan di UMS, pihak anti Kerajaan telah menafikan 3 buah kerusi di sana,walhal kejadian itu hakikatnya berlaku di Unimas. Kepala mahasiswa pembangkang itu seolah-olah tidak yakin apabila hanya merujuk Universiti tersebut sebagai berada di Borneo sahaja, menunjukkan ketidakcaknaannya dalam menghadam maklumat. Jikalau beginilah kualiti kepalanya,apa lagi yang boleh diharapkan dari juak-juaknya.

Aparat-aparat PAS sering memandang rendah terhadap musuh-musuh mereka.Mereka menganggap hanya mereka sahaja ahli dalam politik kampus umumnya dan politik gerakan mahasiswa Islam khususnya. Tetapi, sebenarnya mereka tidak lebih dari berbangga diri dengan angan-angan kosong mereka.

Oleh itu,sempena 25 tahun PAS masuk ke dalam kampus,sudah tiba masanya untuk mahasiswa muziumkan sahaja PAS dan penyokong-penyokongnya buat selama-lamanya.


Peringatan penulis kepada pelajar agar tidak mendengar hasutan dari orang lain.. Tahun ini Calon2 yang menang pilihanraya merupakan calon yang bergerak bebas dari apa2 parti kerajaan mahupun NGO. Kebanyakan calon yang menang ialah calon yang berorentasikan pelajar iaitu PRO_MAHASISWA. Oleh itu, jauhi diri anda dari hasutan pihak2 yang ingin mengaibkan suara dan hak pelajar di UNIMAS.