Friday, November 14, 2008

MPP UNIMAS 2008/09

1. MOHD NORHAYATUDIN BIN MOHD YAACOB
YANG DIPERTUA

2. VISNU@MOHD AZLAN BIN HUSSIEN
NAIB YANG DIPERTUA

3. SH. YONG SOFIA BINTI OMAR SALLEH
SETIAUSAHA AGUNG

4. TEOH LIP KI
BENDAHARI KEHORMAT

5. BISMI SYAIFULLAH BIN ISHAK
EXCO PROTOKOL & PEMBANGUNAN

6. ABANG AKHMAS BIN ABANG BUNSU
EXCO SUKAN & REKREASI

7. ALEXCIS TEO NYELANG
EXCO AKADEMIK & KERJAYA

8. SUHAIMI BIN SAMSUDIN
EXCO KEMUDAHAN & KESELAMATAN

9. RAZUAN BIN SAMSUDIN
EXCO ADUAN & KEBAJIKAN

10. FRANNELYA AK FRANCIS
ECXO PERHUBUNGAN AWAM & ANTARABANGSA

11. FADILAH HUSNA BINTI BAADIN
EXCO PERPADUAN, KESENIAN & KEBUDAYAAN

12. FARAHIYAH BT MUHD FAKHARUDDIN
EXCO PUBLISITI & INFORMASI

Perhatian: Nama yang dimerahkan ialah MPP Pro Mahasiswa UNIMAS 08/09... Terus berjuang untuk pelajar!!

Tuesday, November 11, 2008

Perubahan yang diusahakan MPP08/09

Menurut salah seorang MPP pro mahasiswa di UNIMAS , MPP Pro-Mahasiswa UNIMAS 08/09 telah berjaya memperjuangkanuntuk sem depan:

1. Penambahan aktiviti air untuk pelajar di kolam unimas yang indah..
2. Penambahbaikan wireless untuk pelajar di UNIMAS.
3. Pasar malam di UNIMAS.

Ini adalah usaha perjuang2 Pro mahasiswa di UNIMAS setakat ini. Banyak lagi kebajikan pelajar akan terjaga selepas ini.. Yeah... Ini usaha mereka dalam masa yang kurang dari sebulan..Harap lebih banyak perubahan akan dijalankan.

Sunday, November 2, 2008

Selamat Menduduki Final Exam

Good Luck in your exam...Do the best...

Sumber: http://www.kampusnegara.net/modules.php?name=News&file=article&sid=1336

Diberitakan bahawa terdapat satu laman mahasiswa pembangkang yang mengaku kononnya mereka bebas. Lalu diajaklah sekelian mahasiswa untuk menghantar tulisan mereka kepada laman tersebut. Tetapi, pada hemat mereka,mahasiswa semuanya bodoh.Mahasiswa semuanya sedar bahawa pendedahan tentang cara aparatus PAS mengkaderkan mahasiswa untuk menyokong mereka dengan penyiaran tulisan penulis di dalam laman mereka merupakan faktor utama berlakunya penyingkiran besar-besaran artikel lama di laman tersebut

Tiba-tiba sahaja mahasiswa pembangkang melakukan rombakan besar-besaran terhadap portal itu sehinggakan ada di kalangan mereka yang tidak senang dengan antaramuka barunya. Sebelum-sebelum ini, hanya "shoutbox" yang asyik bertukar-tukar tetapi kali ini, lebih banyak yang ditukar dan dibuang.

Mereka di laman itu menjerit-jerit kononnya mahukan demokrasi. Tetapi, sebenarnya mereka hanya mahukan demokrasi terpimpin sahaja. Tiada unsur hasutan,fitnah ataupun mala fide di dalam artikel ataupun "shoutbox" yang boleh menyebabkan pengendalinya ditahan Akta Hasutan, ISA malahan AUKU.

Namun, disebabkan ia memberi gambaran sebenar terhadap wajah sebenar JIK/PMI, ia dibuang dan dibersihkan. Mereka tidak berani menyiarkan penamat kepada kisah TAMPAN (Tamrin Panjang: Wujudkah PMI Tanpa TAMPAN?) kerana ia adalah jurus terakhir yang bakal menggoncangkan kepercayaan dan kethiqahan mereka yang telah berbai'ah bathil kepada JIK/PMI. Ini adalah kerana kepala-kepala najis mula memetik punat memarahi aparat-aparat PAS di alam maya. Ini bagaikan nasib si batu dalam kisah Ahmad Albab,akhirnya dibuang ke dalam penjara oleh tuan Sarjana.Begitulah nasib pengendali laman tersebut kerana menyiarkan pendedahan berkenaan Tamrin Panjang.

Dengan itu,keluarlah artikel-artikel yang kadang-kala tidak berkualiti. Adakalanya semata-mata melepaskan batuk di tangga. Sehinggakan ada artikel yang ditulis menunjukkan kedangkalan orang yang menulisnya. Tetapi, inilah nasib bagi orang-orang yang asabiyyah yakni menyokong antara satu sama lain atas dasar kezaliman dan kepuakan yang sempit.

Artikel tersebut disiarkan semalam,kononnya seorang pelajar Universiti yang diangkat oleh aparat-aparat PAS sebagai kepala lutut yang mendakwa kemenangan PAS Kampus di dua buah Universiti, adalah amaran kepada Aspirasi. Namun,yang menyerlahkan "kebijaksanaan" kepala tersebut adalah kemampuannya membezakan antara Unimas dan UMS. Harus diingat oleh sang kepala dan kawar-kawarnya bahawa Unimas adalah Universiti Malaysia Sarawak manakala UMS adalah Universiti Malaysia Sabah.

Dikatakan di UMS, pihak anti Kerajaan telah menafikan 3 buah kerusi di sana,walhal kejadian itu hakikatnya berlaku di Unimas. Kepala mahasiswa pembangkang itu seolah-olah tidak yakin apabila hanya merujuk Universiti tersebut sebagai berada di Borneo sahaja, menunjukkan ketidakcaknaannya dalam menghadam maklumat. Jikalau beginilah kualiti kepalanya,apa lagi yang boleh diharapkan dari juak-juaknya.

Aparat-aparat PAS sering memandang rendah terhadap musuh-musuh mereka.Mereka menganggap hanya mereka sahaja ahli dalam politik kampus umumnya dan politik gerakan mahasiswa Islam khususnya. Tetapi, sebenarnya mereka tidak lebih dari berbangga diri dengan angan-angan kosong mereka.

Oleh itu,sempena 25 tahun PAS masuk ke dalam kampus,sudah tiba masanya untuk mahasiswa muziumkan sahaja PAS dan penyokong-penyokongnya buat selama-lamanya.


Peringatan penulis kepada pelajar agar tidak mendengar hasutan dari orang lain.. Tahun ini Calon2 yang menang pilihanraya merupakan calon yang bergerak bebas dari apa2 parti kerajaan mahupun NGO. Kebanyakan calon yang menang ialah calon yang berorentasikan pelajar iaitu PRO_MAHASISWA. Oleh itu, jauhi diri anda dari hasutan pihak2 yang ingin mengaibkan suara dan hak pelajar di UNIMAS.

MT MPP UNIMAS 08/09

Sebagai makluman, Majlis Tertinggi untuk
MPP UNIMAS 2008/09:

Yang Di Pertua - M. Norhayatudin (FSKPM)
Naib Yang Di Pertua - Visnu @ M. Azlan (FIT)
Setiausaha Agung - Sh. Yong Sofia (FSTS)
Bendahari Kehormat - Teoh Lip Ki (FSKPM)

Petikan dari website

Dipetik dari

http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=1723


Pilihan Raya Kampus Dedah Penipuan Media Pembangkang

Posted on Monday, September 22 @ 11:50:07 MYT


Tun Faisal Ismail Aziz

Sehingga waktu tulisan ini ditulis, akhbar dan laman web pambangkang masih lagi berusaha menipu rakyat dan masyarakat dunia dengan menyatakan bahawa pelajar pro-pembangkang telah menang besar dalam pilihan raya Majlis Perwakilan pelajar (MPP) di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) baru-baru ini.

Kononnya pelajar-pelajar pro-pembangkang memenangi 5 IPTA dari 9 IPTA, iaitu Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Hakikatnya, pelajar-pelajar pro-pembangkang memenangi pilihan raya hanya di dua buah IPTA sahaja, pertamanya UIAM dan keduanya, UM.

Sebenarnya terdapat 17 IPTA yang terlibat di dalam Majlis Perundingan Pelajar Negara (MPPN), bukan 9, seperti yang didakwa oleh media pembangkang.

Dari 17 IPTA ini, 11 adalah universiti dan 6 lagi bertaraf kolej universiti.

Dari 11 universiti, pelajar pro-aspirai kerajaan sebenarnya memenangi 9 darinya, iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS), selain dari USM, UTM dan UPSI.

Manakala bagi kolej universiti pula, pelajar pro-aspirasi kerajaan telah memenangi majoriti kerusi di kesemua 6 kolej universiti, tanpa membenarkan golongan pro-aspirasi pembangkang bertapak.

Secara keseluruhannya, bagi memenuhi 461 kerusi wakil pelajar di MPPN, pelajar-pelajar pro-aspirasi akan mewakili sejumlah 349 kerusi, iaitu 75.7% dari keseluruhan wakil pelajar dari semua IPTA di seluruh negara.

Tegasnya, di MPPN, majoriti 2/3 dari wakil pelajar dari IPTA di seluruh negara sebenarnya berpihak kepada kerajaan dan bukan pembangkang.

Kenapakah laman web rasmi akhbar pembangkang dan sebuah lagi laman web yang mirip pembangkang (yang dikatakan mendapat pembiayaan dana jutawan Yahudi) ini masih cuba menipu?

Biarkan saja si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarlah mereka seronok berilusi dan menipu diri sendiri, kalau itulah sahaja cara yang mereka tahu untuk memujuk diri mereka.

Kita tahu pukulan kekalahan memang sukar diterima.

Akibat kekalahan, pada tahun 1994, di USM, seorang pelajar jurusan Sains Farmasi yang begitu fanatik terhadap Pas dan berjuang untuk menegakkan ideologi Pas melalui Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) telah hilang kewarasan apabila calon-calonnya kalah di tangan pelajar pro-aspirasi kerajaan.

Khabarnya akibat kurang waras, pelajar tersebut tidak sempat menghabiskan pengajiannya. Akhirnya yang rugi adalah anak Melayu dan kerajaan yang telah menanggung pengajiannya sehingga ke tahun kedua.

Kita tidak hairan bila kedua-dua laman web berkenaan menyiarkan berita-berita yang tidak tepat seperti ini. Kredibiliti mereka memang sentiasa dipersoalkan dari semasa ke semasa.

Media seperti ini tidak begitu menghargai etika kewartawanan dan tanggungjawab sosial yang perlu dipegang oleh media. Malah paling penting, mereka ini tidak langsung berpegang kepada prinsip untuk melaporkan kebenaran, seperti mana yang mereka `dakwa�, sentiasa mereka perjuangkan.

Sebagai contoh, jika benarlah dakwaan mereka bahawa di USM, pelajar pro-aspirasi pembangkang menang 19 kerusi dan pelajar pro-aspirasi kerajaan hanya memenangi 18 kerusi, tentulah jawatan Yang Di Pertua (YDP) MPP dipegang oleh pelajar pro-aspirasi pembangkang.

Bagaimanapun ini tidak berlaku.

Sebaliknya Jikalau benar apa yang diberitakan oleh mereka, kenapakah jawatan-jawatan utama MPP di USM seperti Yang Di Pertua, Naib Yang Di Pertua, Setiausaha dan Bendahari dipegang oleh pemimpin pelajar pro-aspirasi kerajaan?

Jelas media seperti ini tidak berminat kepada fakta. Agenda ke`pembangkang�an mereka akan terus mereka pertahankan sekalipun terpaksa menipu dan memfitnah.

Salah satu contoh penipuan yang jelas adalah apabila laman web rasmi akhbar pembangkang melaporkan bahawa UMNO Bayan Baru dan UMNO Bukit Bendera menjadi penyumbang terkuat kumpulan Wawasan di USM.

Penipuan kedua dibuat dalam laporan yang sama, menyebut, `seperti biasa kempen kumpulan Wawasan mirip kepada kempen UMNO kerana ada tari menari dan fitnah yang berleluasa.�

Penipuan oleh satu lagi laman web mirip pembangkang pula dapat dilihat apabila ia melaporkan bahawa pelajar-pelajar UPM diberikan RM 500 untuk mencalonkan diri, manakala pelajar-pelajar di UIA dan di UM pula diberikan RM 1000 untuk tujuan yang sama.

Tidak cukup sekadar itu, penipuan tersebut berterusan apabila melaporkan bahawa pelajar-pelajar di UM turut diberi telefon bimbit, selain dari janji bahawa RM 15,000 untuk memastikan mereka terpilih menjawat jawatan-jawatan penting di dalam MPP.

Cukuplah sekadar kita katakan bahawa di USM, tiada kumpulan Wawasan, tidak ada kempen yang disertakan tari menari dan tidak ada bantuan dari UMNO Bayan Baru dan Bukit Bendera. Begitu juga, di IPTA-IPTA lain - tidak ada insentif wang tunai dan tidak ada telefon bimbit yang diberikan untuk memastikan pelajar mencalonkan diri.

Semangat yang terbit di kalangan pelajar ini adalah tulen, iatu semangat untuk melakukan perubahan, iaitu merubah persekitaran kampus dari persekitaran ala-Taliban dan menukar pemimpin-pemimpin MPP, dari dikuasai oleh golongan yang lebih mementingkan agenda politik luar dengan golongan yang lebih mewakili kehendak pelajar.

Bagi kita, taraf laporan kedua-dua laman web berkenaan tidak lebih dari cakap-cakap kedai kopi yang penuturnya tidak pernah mengambil peduli tentang kebenaran dan kepalsuan.

Seperti kata, Yang Di Pertua Majlis Desasiawa Gemilang, USM, Khairul Eruwan Abdul Halim �jangan hanya baling batu sembunyi tangan�. Kedua-dua laman web berkenaan mesti membuktikan laporan mereka tepat dengan fakta, bukan sekadar melemparkan tuduhan.

Jika inilah bentuk perjuangan kebebasan akhbar mereka, maka nantilah zaman kemalapan kewartawanan di dalam negara kita. Dari kualiti laporan yang menyedihkan ini, mereka umpama pendua kepada kebiadapan media Barat.

Bezanya mereka ini berada di dalam negara, dan mengaku pula bertaraf sebagai rakyat Malaysia, walaupun mereka ini sedikitpun tidak berusaha menghayati nilai yang cuba di bentuk oleh nagara menerusi Wawasan 2020, iaitu keinginan kita untuk menjadi negara maju mengikut acuan kita sendiri, bukan acuan Barat yang menghalalkan segala-galanya


Betul ke????

Penipu on the blog

Petikan ini ialah dari

http://anginperubahan.blogspot.com/2008/10/pilihanraya-kampus-aspirasi-dahului-9.html

Siapa yang bagi beliau maklumat maklumat palsu itu? MPP UNIMAS 08/09 seri? Haha.. Tepuk dada tanya selera...Mengapa hal ini terjadi.. Orang yang tewas tu tidak puas hati lalu memberi maklumat palsu kepada penulis blog ini.. Saya rasa tergelak membaca blog tersebut.. Sudah kalah buat cara kalah..Jangan nak mengada2....

Saturday, October 25, 2008

Pilihan Raya Kampus: Aspirasi Dahului 9, Satu Seri.

Setelah selesai pengundian di UMS dan UNIMAS pada 23 Oktober 2008, keputusan di sepuluh IPTA awal yang mengadakan pilihan raya kampus memihak kepada Aspirasi dengan angka 9 berbalas 1 seri. Di UNIMAS sejumlah 12 kerusi MPP dipertandingkan. Keputusannya ialah 6 orang calon Bebas menang dan 6 orang calon Aspirasi menang. Keputusan seri di UNIMAS.

Di UNIMAS, Aspirasi menang 3 kerusi di kawasan umum iaitu Mohamad Norhayatudin bin Mohamad Yaacob, Teoh Lip Ki dan Visnu Azlan. Sementara 3 lagi kerusi dimenangi oleh Aspirasi di Fakulti iaitu Abang Akhmas bin Abang Bunsu, Suhaimi bin Samsudin dan Bismi Syaifullah bin Ishak. 3 orang calon Bebas turut menang di fakulti sementara seorang lagi iatu Sharifah Yong Sofia binti Omar menang di kerusi umum.
Di UMS, Aspirasi menang 34 kerusi berbanding Mahasiswa Pro Pembangkang yang menang 6 kerusi. Peratus turun mengundi di UMS adalah sejumlah 68% daripada 10,428 orang pelajar UMS. Calon yang mendapat undi tertinggi adalah Azrul bin Ibrahim iaitu sejumlah 4,788 undi. Beliau dijangkakan menjadi Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UMS yang baru. Tahniah diucapkan kepada yang menang. Tanggungjawab untuk mewakili suara pelajar untuk penggal seterusnya di bahu anda sekalian. Laksanakan mandat yang diberikan dengan sebaik mungkin.

Saturday, November 1, 2008

Komen pelajar 3

Dipetik dari komen pelajar di blog ini:

"Di kampus timur..Staff sokongan unimas suka menggunakan motosikal mereka di beranda.. Ini amatlah bahaya kerana mungkin akan langgar peraturan.. Unimas tidak benarkan pelajar berbuat demikian..Maka staff apakah hak mereka membuat demikian??? Apakah jadahnya..Parking dah banyak untuk staff.. Jalan sikit pun susah kah????

Razuan n suhaimi, tolonglah... Suarakan seperti motto pilihanraya kamu orang.. terima kasih.."

Bukan langgar peraturan saja tapi langgar students juga.. Bahaya tu....

Komen pelajar 1

Komen ini adalah dipetik dari group Kolej TAZ :

"ERMM...BARU2 NI CAFE TAZ DAH WAT SATU BANNER BARU UTK SEBUT HARGA MKNAN N MINUMAN DIORANG..NEWAY..HARGA MAHAL YA SATU HAL...ANOTHER HAL GIK..POLISTRENE MAKANAN N CAWAN TAPAU YA DI KENAKAN RM0.20????DAH LA JUAL PUN MAHAL...TMBH LAGIK X-TRA CHARGE RM 0.20 YA...WUD U PEOPLE THINK?? IF BNDA NI BLARUTAN..ALAMAT STUDENT TPAKSA LA BAWAK CONTAINER OR TUPPERWARE SNDIRI IF NAK TAPAU DR CAFE TAZ..SAVE RM0.20 X-TRA CHARGE YA?? MENA X?AKU SA HARGA NYA MELAMPAU ILAK MAHAL EYH...KAT KOLEJ LAIN XDA LA MHL DAKYA ILAK..SIK MASUK AKAL..DA BUSSINESS MINDED IS CORRUPTED LA..NGEE Evil or Very Mad"

Komen pelajar

Saya rasa komen ini amat menarik.. Komen ini adalah dari satu pelajar di dalam group frienster.. Kawan-kawan renungkan lah:

"harapan sy??
lps ni bleh la msk kt kolej.
kalu ikut bahaya pun..
staf or felo yg duk kolej yg sama xpayah msk kt apartment jgk r..
diaorg lg r msk gn dapur gas..lg bahaya kalu nk kire..
emmm.. Rolling Eyes
sbb nila stitik student lain jg mangsa..
lg 1..mntak phk unimas sediakn satu blok utk student bisnes..
bg pluang bdk FEB praktikn apa yg diaorg blaja..
u lain bleh nape kta xbleh..
"

"betul betulll....cakap pasal mpp tok..sapa mpp kita nok baru ya??kedak sik da berita pasal mpp baru ya..intro la ckit..."

"Salam Smile

MPP baru untuk sesi 2008/09 terbentuk setelah berlangsungnya Pilihan Raya Kampus pada 23 Oktober 2008.

Kita harap MPP baru ini dapat menyatupadukan siswa siswi di Unimas supaya bergabung menegakkan hak-hak mahasiswa dan mengangkat 'student power' sehingga ke peringkat maksimum.

Tak kira pelajar tersebut berdiri di atas mana-mana 'pro',kita di bawah satu bumbung inginkan perubahan yang ketara terutama yang berkaitan perkara-perkara berikut:

1. Menyedarkan pelajar atas hak-hak mereka
2. Kebajikan, kerap turun padang buat tinjauan
3. Kemudahan (kalau bole bukak 7-eleven kat dalam kampus)
4. Adakan program signifikan lebih kerap (bukan hanya memfokus program mega seperti sambutan kemerdekaan)
5. Satukan pelajar Bumiputra, Cina dan India. Lantik wakil setiap kaum,adakan perbincangan memikirkan isu-isu berat semasa demi perpaduan dan imej kita mahasiswa Unimas.

Jadilah mahasiswa yang mampu menjadi pemimpin yang tegar. Jadikan cabaran ini untuk dipikul bersama mahasiswa Unimas. Jangan jadi ulat buku, lepas kuliah tahu makan tido dota sahaja."

Selamat Hari Deepavali


Selamat Hari Deepavali dari penulis untuk semua warga India di UNIMAS...

Martabatkan Suara Mahasiswa


Salam Perjuangan dan perpaduan kepada pelajar UNIMAS. Blog ini bertujuan untuk mendapatkan aduan dan pandangan pelajar terhadap semua perkara di UNIMAS. Selain itu, blog ini juga bertujuan mengingatkan pelajar tentang hak mereka. Oleh itu, pelajar boleh voice up your voice in the chabox that provided or comment di setiap topic blog ini. Aduan dan pandangan pelajar akan dikumpul dan diajukan kepada MPP 08/09 di UNIMAS. MPP tahun ini akan berbeza dengan MPP yang sebelumnya kerana ada watchdog seperti penulis blog ini yang sentiasa mengingatkan tanggungjawab mereka terhadap pelajar. Oleh itu, penilis blog ini berharap pelajar2 akan memberitahu saya apa2 saja yang berlaku dan saya akan bergerak. Remember.... As a students we have right.. Jangan abaikan hak kamu..

Hidup suara mahasiswa........