Thursday, January 15, 2009

Aduan Pelajar 15/01/2009

"saya tidak puas hati terhadap shortcut ke fakulti fsgk tu...sangat teruk...apabila hujan, jalan itu lagi susah mau jalan...banyak lumpur dan air...susah mau jalan...seblum ni jalan tu sudah teruk dah...sekarang tambah lagi pembinaan fakulti FEB lagi tambah teruk. Saya harap dapat mewakili pelajar FSGK dan FSKPM untuk menyuarakan hal ini. Harap MPP dapat tolong kami untuk memperbaiki masalah ini. Harap hal ini akan diambil berat oleh pihak unimas."

Tuesday, January 13, 2009

Bas ke Kuching

Perhidmatan bas dari UNIMAS ke Kuching (ulang-alik) telah disediakan oleh MPP08/09..Tahniah MPP08/09 kerana sudah mengorak langkah pertama untuk perubahan dan perjuangkan suara mahasiswa...

Friday, November 14, 2008

MPP UNIMAS 2008/09

1. MOHD NORHAYATUDIN BIN MOHD YAACOB
YANG DIPERTUA

2. VISNU@MOHD AZLAN BIN HUSSIEN
NAIB YANG DIPERTUA

3. SH. YONG SOFIA BINTI OMAR SALLEH
SETIAUSAHA AGUNG

4. TEOH LIP KI
BENDAHARI KEHORMAT

5. BISMI SYAIFULLAH BIN ISHAK
EXCO PROTOKOL & PEMBANGUNAN

6. ABANG AKHMAS BIN ABANG BUNSU
EXCO SUKAN & REKREASI

7. ALEXCIS TEO NYELANG
EXCO AKADEMIK & KERJAYA

8. SUHAIMI BIN SAMSUDIN
EXCO KEMUDAHAN & KESELAMATAN

9. RAZUAN BIN SAMSUDIN
EXCO ADUAN & KEBAJIKAN

10. FRANNELYA AK FRANCIS
ECXO PERHUBUNGAN AWAM & ANTARABANGSA

11. FADILAH HUSNA BINTI BAADIN
EXCO PERPADUAN, KESENIAN & KEBUDAYAAN

12. FARAHIYAH BT MUHD FAKHARUDDIN
EXCO PUBLISITI & INFORMASI

Perhatian: Nama yang dimerahkan ialah MPP Pro Mahasiswa UNIMAS 08/09... Terus berjuang untuk pelajar!!

Tuesday, November 11, 2008

Perubahan yang diusahakan MPP08/09

Menurut salah seorang MPP pro mahasiswa di UNIMAS , MPP Pro-Mahasiswa UNIMAS 08/09 telah berjaya memperjuangkanuntuk sem depan:

1. Penambahan aktiviti air untuk pelajar di kolam unimas yang indah..
2. Penambahbaikan wireless untuk pelajar di UNIMAS.
3. Pasar malam di UNIMAS.

Ini adalah usaha perjuang2 Pro mahasiswa di UNIMAS setakat ini. Banyak lagi kebajikan pelajar akan terjaga selepas ini.. Yeah... Ini usaha mereka dalam masa yang kurang dari sebulan..Harap lebih banyak perubahan akan dijalankan.

Sunday, November 2, 2008

Selamat Menduduki Final Exam

Good Luck in your exam...Do the best...

Sumber: http://www.kampusnegara.net/modules.php?name=News&file=article&sid=1336

Diberitakan bahawa terdapat satu laman mahasiswa pembangkang yang mengaku kononnya mereka bebas. Lalu diajaklah sekelian mahasiswa untuk menghantar tulisan mereka kepada laman tersebut. Tetapi, pada hemat mereka,mahasiswa semuanya bodoh.Mahasiswa semuanya sedar bahawa pendedahan tentang cara aparatus PAS mengkaderkan mahasiswa untuk menyokong mereka dengan penyiaran tulisan penulis di dalam laman mereka merupakan faktor utama berlakunya penyingkiran besar-besaran artikel lama di laman tersebut

Tiba-tiba sahaja mahasiswa pembangkang melakukan rombakan besar-besaran terhadap portal itu sehinggakan ada di kalangan mereka yang tidak senang dengan antaramuka barunya. Sebelum-sebelum ini, hanya "shoutbox" yang asyik bertukar-tukar tetapi kali ini, lebih banyak yang ditukar dan dibuang.

Mereka di laman itu menjerit-jerit kononnya mahukan demokrasi. Tetapi, sebenarnya mereka hanya mahukan demokrasi terpimpin sahaja. Tiada unsur hasutan,fitnah ataupun mala fide di dalam artikel ataupun "shoutbox" yang boleh menyebabkan pengendalinya ditahan Akta Hasutan, ISA malahan AUKU.

Namun, disebabkan ia memberi gambaran sebenar terhadap wajah sebenar JIK/PMI, ia dibuang dan dibersihkan. Mereka tidak berani menyiarkan penamat kepada kisah TAMPAN (Tamrin Panjang: Wujudkah PMI Tanpa TAMPAN?) kerana ia adalah jurus terakhir yang bakal menggoncangkan kepercayaan dan kethiqahan mereka yang telah berbai'ah bathil kepada JIK/PMI. Ini adalah kerana kepala-kepala najis mula memetik punat memarahi aparat-aparat PAS di alam maya. Ini bagaikan nasib si batu dalam kisah Ahmad Albab,akhirnya dibuang ke dalam penjara oleh tuan Sarjana.Begitulah nasib pengendali laman tersebut kerana menyiarkan pendedahan berkenaan Tamrin Panjang.

Dengan itu,keluarlah artikel-artikel yang kadang-kala tidak berkualiti. Adakalanya semata-mata melepaskan batuk di tangga. Sehinggakan ada artikel yang ditulis menunjukkan kedangkalan orang yang menulisnya. Tetapi, inilah nasib bagi orang-orang yang asabiyyah yakni menyokong antara satu sama lain atas dasar kezaliman dan kepuakan yang sempit.

Artikel tersebut disiarkan semalam,kononnya seorang pelajar Universiti yang diangkat oleh aparat-aparat PAS sebagai kepala lutut yang mendakwa kemenangan PAS Kampus di dua buah Universiti, adalah amaran kepada Aspirasi. Namun,yang menyerlahkan "kebijaksanaan" kepala tersebut adalah kemampuannya membezakan antara Unimas dan UMS. Harus diingat oleh sang kepala dan kawar-kawarnya bahawa Unimas adalah Universiti Malaysia Sarawak manakala UMS adalah Universiti Malaysia Sabah.

Dikatakan di UMS, pihak anti Kerajaan telah menafikan 3 buah kerusi di sana,walhal kejadian itu hakikatnya berlaku di Unimas. Kepala mahasiswa pembangkang itu seolah-olah tidak yakin apabila hanya merujuk Universiti tersebut sebagai berada di Borneo sahaja, menunjukkan ketidakcaknaannya dalam menghadam maklumat. Jikalau beginilah kualiti kepalanya,apa lagi yang boleh diharapkan dari juak-juaknya.

Aparat-aparat PAS sering memandang rendah terhadap musuh-musuh mereka.Mereka menganggap hanya mereka sahaja ahli dalam politik kampus umumnya dan politik gerakan mahasiswa Islam khususnya. Tetapi, sebenarnya mereka tidak lebih dari berbangga diri dengan angan-angan kosong mereka.

Oleh itu,sempena 25 tahun PAS masuk ke dalam kampus,sudah tiba masanya untuk mahasiswa muziumkan sahaja PAS dan penyokong-penyokongnya buat selama-lamanya.


Peringatan penulis kepada pelajar agar tidak mendengar hasutan dari orang lain.. Tahun ini Calon2 yang menang pilihanraya merupakan calon yang bergerak bebas dari apa2 parti kerajaan mahupun NGO. Kebanyakan calon yang menang ialah calon yang berorentasikan pelajar iaitu PRO_MAHASISWA. Oleh itu, jauhi diri anda dari hasutan pihak2 yang ingin mengaibkan suara dan hak pelajar di UNIMAS.

MT MPP UNIMAS 08/09

Sebagai makluman, Majlis Tertinggi untuk
MPP UNIMAS 2008/09:

Yang Di Pertua - M. Norhayatudin (FSKPM)
Naib Yang Di Pertua - Visnu @ M. Azlan (FIT)
Setiausaha Agung - Sh. Yong Sofia (FSTS)
Bendahari Kehormat - Teoh Lip Ki (FSKPM)