Sunday, November 2, 2008

Petikan dari website

Dipetik dari

http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=1723


Pilihan Raya Kampus Dedah Penipuan Media Pembangkang

Posted on Monday, September 22 @ 11:50:07 MYT


Tun Faisal Ismail Aziz

Sehingga waktu tulisan ini ditulis, akhbar dan laman web pambangkang masih lagi berusaha menipu rakyat dan masyarakat dunia dengan menyatakan bahawa pelajar pro-pembangkang telah menang besar dalam pilihan raya Majlis Perwakilan pelajar (MPP) di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) baru-baru ini.

Kononnya pelajar-pelajar pro-pembangkang memenangi 5 IPTA dari 9 IPTA, iaitu Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Hakikatnya, pelajar-pelajar pro-pembangkang memenangi pilihan raya hanya di dua buah IPTA sahaja, pertamanya UIAM dan keduanya, UM.

Sebenarnya terdapat 17 IPTA yang terlibat di dalam Majlis Perundingan Pelajar Negara (MPPN), bukan 9, seperti yang didakwa oleh media pembangkang.

Dari 17 IPTA ini, 11 adalah universiti dan 6 lagi bertaraf kolej universiti.

Dari 11 universiti, pelajar pro-aspirai kerajaan sebenarnya memenangi 9 darinya, iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS), selain dari USM, UTM dan UPSI.

Manakala bagi kolej universiti pula, pelajar pro-aspirasi kerajaan telah memenangi majoriti kerusi di kesemua 6 kolej universiti, tanpa membenarkan golongan pro-aspirasi pembangkang bertapak.

Secara keseluruhannya, bagi memenuhi 461 kerusi wakil pelajar di MPPN, pelajar-pelajar pro-aspirasi akan mewakili sejumlah 349 kerusi, iaitu 75.7% dari keseluruhan wakil pelajar dari semua IPTA di seluruh negara.

Tegasnya, di MPPN, majoriti 2/3 dari wakil pelajar dari IPTA di seluruh negara sebenarnya berpihak kepada kerajaan dan bukan pembangkang.

Kenapakah laman web rasmi akhbar pembangkang dan sebuah lagi laman web yang mirip pembangkang (yang dikatakan mendapat pembiayaan dana jutawan Yahudi) ini masih cuba menipu?

Biarkan saja si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarlah mereka seronok berilusi dan menipu diri sendiri, kalau itulah sahaja cara yang mereka tahu untuk memujuk diri mereka.

Kita tahu pukulan kekalahan memang sukar diterima.

Akibat kekalahan, pada tahun 1994, di USM, seorang pelajar jurusan Sains Farmasi yang begitu fanatik terhadap Pas dan berjuang untuk menegakkan ideologi Pas melalui Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) telah hilang kewarasan apabila calon-calonnya kalah di tangan pelajar pro-aspirasi kerajaan.

Khabarnya akibat kurang waras, pelajar tersebut tidak sempat menghabiskan pengajiannya. Akhirnya yang rugi adalah anak Melayu dan kerajaan yang telah menanggung pengajiannya sehingga ke tahun kedua.

Kita tidak hairan bila kedua-dua laman web berkenaan menyiarkan berita-berita yang tidak tepat seperti ini. Kredibiliti mereka memang sentiasa dipersoalkan dari semasa ke semasa.

Media seperti ini tidak begitu menghargai etika kewartawanan dan tanggungjawab sosial yang perlu dipegang oleh media. Malah paling penting, mereka ini tidak langsung berpegang kepada prinsip untuk melaporkan kebenaran, seperti mana yang mereka `dakwa�, sentiasa mereka perjuangkan.

Sebagai contoh, jika benarlah dakwaan mereka bahawa di USM, pelajar pro-aspirasi pembangkang menang 19 kerusi dan pelajar pro-aspirasi kerajaan hanya memenangi 18 kerusi, tentulah jawatan Yang Di Pertua (YDP) MPP dipegang oleh pelajar pro-aspirasi pembangkang.

Bagaimanapun ini tidak berlaku.

Sebaliknya Jikalau benar apa yang diberitakan oleh mereka, kenapakah jawatan-jawatan utama MPP di USM seperti Yang Di Pertua, Naib Yang Di Pertua, Setiausaha dan Bendahari dipegang oleh pemimpin pelajar pro-aspirasi kerajaan?

Jelas media seperti ini tidak berminat kepada fakta. Agenda ke`pembangkang�an mereka akan terus mereka pertahankan sekalipun terpaksa menipu dan memfitnah.

Salah satu contoh penipuan yang jelas adalah apabila laman web rasmi akhbar pembangkang melaporkan bahawa UMNO Bayan Baru dan UMNO Bukit Bendera menjadi penyumbang terkuat kumpulan Wawasan di USM.

Penipuan kedua dibuat dalam laporan yang sama, menyebut, `seperti biasa kempen kumpulan Wawasan mirip kepada kempen UMNO kerana ada tari menari dan fitnah yang berleluasa.�

Penipuan oleh satu lagi laman web mirip pembangkang pula dapat dilihat apabila ia melaporkan bahawa pelajar-pelajar UPM diberikan RM 500 untuk mencalonkan diri, manakala pelajar-pelajar di UIA dan di UM pula diberikan RM 1000 untuk tujuan yang sama.

Tidak cukup sekadar itu, penipuan tersebut berterusan apabila melaporkan bahawa pelajar-pelajar di UM turut diberi telefon bimbit, selain dari janji bahawa RM 15,000 untuk memastikan mereka terpilih menjawat jawatan-jawatan penting di dalam MPP.

Cukuplah sekadar kita katakan bahawa di USM, tiada kumpulan Wawasan, tidak ada kempen yang disertakan tari menari dan tidak ada bantuan dari UMNO Bayan Baru dan Bukit Bendera. Begitu juga, di IPTA-IPTA lain - tidak ada insentif wang tunai dan tidak ada telefon bimbit yang diberikan untuk memastikan pelajar mencalonkan diri.

Semangat yang terbit di kalangan pelajar ini adalah tulen, iatu semangat untuk melakukan perubahan, iaitu merubah persekitaran kampus dari persekitaran ala-Taliban dan menukar pemimpin-pemimpin MPP, dari dikuasai oleh golongan yang lebih mementingkan agenda politik luar dengan golongan yang lebih mewakili kehendak pelajar.

Bagi kita, taraf laporan kedua-dua laman web berkenaan tidak lebih dari cakap-cakap kedai kopi yang penuturnya tidak pernah mengambil peduli tentang kebenaran dan kepalsuan.

Seperti kata, Yang Di Pertua Majlis Desasiawa Gemilang, USM, Khairul Eruwan Abdul Halim �jangan hanya baling batu sembunyi tangan�. Kedua-dua laman web berkenaan mesti membuktikan laporan mereka tepat dengan fakta, bukan sekadar melemparkan tuduhan.

Jika inilah bentuk perjuangan kebebasan akhbar mereka, maka nantilah zaman kemalapan kewartawanan di dalam negara kita. Dari kualiti laporan yang menyedihkan ini, mereka umpama pendua kepada kebiadapan media Barat.

Bezanya mereka ini berada di dalam negara, dan mengaku pula bertaraf sebagai rakyat Malaysia, walaupun mereka ini sedikitpun tidak berusaha menghayati nilai yang cuba di bentuk oleh nagara menerusi Wawasan 2020, iaitu keinginan kita untuk menjadi negara maju mengikut acuan kita sendiri, bukan acuan Barat yang menghalalkan segala-galanya


Betul ke????

No comments: