Saturday, November 1, 2008

Komen pelajar

Saya rasa komen ini amat menarik.. Komen ini adalah dari satu pelajar di dalam group frienster.. Kawan-kawan renungkan lah:

"harapan sy??
lps ni bleh la msk kt kolej.
kalu ikut bahaya pun..
staf or felo yg duk kolej yg sama xpayah msk kt apartment jgk r..
diaorg lg r msk gn dapur gas..lg bahaya kalu nk kire..
emmm.. Rolling Eyes
sbb nila stitik student lain jg mangsa..
lg 1..mntak phk unimas sediakn satu blok utk student bisnes..
bg pluang bdk FEB praktikn apa yg diaorg blaja..
u lain bleh nape kta xbleh..
"

"betul betulll....cakap pasal mpp tok..sapa mpp kita nok baru ya??kedak sik da berita pasal mpp baru ya..intro la ckit..."

"Salam Smile

MPP baru untuk sesi 2008/09 terbentuk setelah berlangsungnya Pilihan Raya Kampus pada 23 Oktober 2008.

Kita harap MPP baru ini dapat menyatupadukan siswa siswi di Unimas supaya bergabung menegakkan hak-hak mahasiswa dan mengangkat 'student power' sehingga ke peringkat maksimum.

Tak kira pelajar tersebut berdiri di atas mana-mana 'pro',kita di bawah satu bumbung inginkan perubahan yang ketara terutama yang berkaitan perkara-perkara berikut:

1. Menyedarkan pelajar atas hak-hak mereka
2. Kebajikan, kerap turun padang buat tinjauan
3. Kemudahan (kalau bole bukak 7-eleven kat dalam kampus)
4. Adakan program signifikan lebih kerap (bukan hanya memfokus program mega seperti sambutan kemerdekaan)
5. Satukan pelajar Bumiputra, Cina dan India. Lantik wakil setiap kaum,adakan perbincangan memikirkan isu-isu berat semasa demi perpaduan dan imej kita mahasiswa Unimas.

Jadilah mahasiswa yang mampu menjadi pemimpin yang tegar. Jadikan cabaran ini untuk dipikul bersama mahasiswa Unimas. Jangan jadi ulat buku, lepas kuliah tahu makan tido dota sahaja."

No comments: